HealthHouz Pharmacy

Call Directions Website Contact the business

HealthHouz Pharmacy Your health
is our main priority.

Welcome to HealthHouz Official page

We aim to serve the community with an excellence health and pharmacy
services, affordable price of products and easy to access store.

🧠 MAGNESIUM & MENTAL HEALTH: SMALL MINERAL, IMPORTANT ROLE IN YOUR BODY AND MIND! 🌿✨   Kerap rasa badan tegang, cepat le...
30/10/2026

🧠 MAGNESIUM & MENTAL HEALTH: SMALL MINERAL, IMPORTANT ROLE IN YOUR BODY AND MIND! 🌿✨
Kerap rasa badan tegang, cepat letih, atau susah nak tidur malam? Tahukah anda bahawa mineral kecil seperti Magnesium memainkan peranan yang sangat penting untuk kesihatan fizikal dan minda kita?
"Care for Your Mind, Care for Yourself" ❤️

💡 Fungsi Utama Magnesium Dalam Badan:
🧠 1. Menyokong Fungsi Saraf (Supports Nerve Function)
Magnesium membantu sistem saraf anda berfungsi secara normal dan optimum.
💪 2. Menyokong Fungsi Otot (Supports Muscle Function)
Magnesium adalah penting untuk fungsi otot yang normal serta aktiviti fizikal seharian.
🌙 3. Menyokong Tidur Yang Sihat (Supports Healthy Sleep)
Magnesium memainkan peranan dalam fungsi badan yang berkaitan dengan rehat. Namun, bukti bahawa suplemen magnesium meningkatkan kualiti tidur secara langsung masih terhad.
💛 4. Pengurusan Emosi & Stres (Mood & Stress Management)
Magnesium penting untuk fungsi otak dan sistem saraf yang normal.

Walau bagaimanapun, bukti bahawa suplemen magnesium meredakan stres atau kegelisahan (anxiety) secara konklusif masih dalam kajian.
⚠️ YOU MAY NOT ALWAYS NEED A SUPPLEMENT! 🥗

Utamakan diet seimbang: Dapatkan sumber Magnesium semula jadi daripada sayuran hijau, kekacang, bijirin, dan biji benih.
Dapatkan nasihat ahli farmasi: Rujuk ahli farmasi anda sebelum mula mengambil suplemen magnesium, terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang atau sedang mengambil ubat-ubatan lain.
Singgah ke HealthHouz Pharmacy untuk konsultasi mesra & maklumat lanjut berkenaan suplemen kesihatan anda! Your Health, Our Priority. 🏥💖

#

🌿 FOLAT VS ASID FOLIK: APA BEZANYA?💡✨   Ramai selalu keliru ingat Folat dan Asid Folik ni berbeza terus, tapi sebenarnya...
28/10/2026

🌿 FOLAT VS ASID FOLIK: APA BEZANYA?
💡✨ Ramai selalu keliru ingat Folat dan Asid Folik ni berbeza terus, tapi sebenarnya kedua-duanya ialah Vitamin B9!
🌱 Folat: Dari sumber semula jadi makanan (bayam, avokado, kacang).
💊 Asid Folik: Bentuk suplemen / makanan diperkaya yang lebih stabil & senang diserap badan!

🧠 KUIZ JUMAAT HEALTHHOUZ! 🎯
Jom test sikit ilmu persediaan hamil korang minggu ni! 📝✨
❓ Berapa bulankah SEBELUM hamil wanita disyorkan mula makan Asid Folik?
A) 1 Minggu
B) 1 Bulan
C) Sekurang-kurangnya 3 Bulan
D) Selepas keputusan ujian kehamilan positif

👇 Komen jawapan korang (A/B/C/D) kat bawah sekarang! Mana tahu jawapan korang betul 😉💬
📌 Save & Share post ini dengan kawan-kawan yang tengah merancang kehamilan (TTC)!
Kunjungi untuk konsultasi suplemen & kesihatan wanita 🏥💖

💊 5 MG VS 500 MCG: MANA DOS ASID FOLIK NAK PILIH? 🤔✨   Ramai ingat lagi tinggi dos, lagi bagus untuk semua orang. Hakika...
26/10/2026

💊 5 MG VS 500 MCG: MANA DOS ASID FOLIK NAK PILIH? 🤔✨
Ramai ingat lagi tinggi dos, lagi bagus untuk semua orang. Hakikatnya, dos 5 mg itu 10 kali ganda lebih tinggi daripada dos standard 500 mcg (0.5 mg)!

🌸 Dos Standard (400 - 500 mcg):
Untuk persediaan umum kehamilan & suplemen harian wanita dewasa.
💜 Dos Tinggi (5 mg):
Khas untuk golongan berisiko tinggi dengan nasihat profesional kesihatan!

⚠️ Siapa Yang Perlu Dos 5 mg?
✔️ Ada sejarah kehamilan dengan masalah tiub neural (NTD)
✔️ Ada masalah Kencing Manis / Diabetes sebelum hamil
✔️ Mengambil ubat sawan/epilepsi
✔️ Mempunyai BMI melebihi 30
✔️ Masalah penyerapan nutrisi / anemia teruk

🛑 PERINGATAN: Elakkan makan dos 5 mg tanpa nasihat doktor atau ahli farmasi sebab ia boleh menyembunyikan (mask) simptom kurang Vitamin B12!

📌 Save post ini untuk rujukan & share kat kawan-kawan yang tengah TTC! 💬👇 Dapatkan konsultasi dos yang betul di 🏥💖

💖 SEDANG BERIKHTIAR HAMIL (TTC)? 👶✨   Sebelum sibuk beli kelengkapan bayi atau semak calendar waktu subur, pastikan kora...
23/10/2026

💖 SEDANG BERIKHTIAR HAMIL (TTC)? 👶✨

Sebelum sibuk beli kelengkapan bayi atau semak calendar waktu subur, pastikan korang buat Langkah #1 ini dulu: Persediaan Asid Folik! 🌸

❓ Kenapa Wajib Mula SEBELUM Hamil?
1️⃣ Pembentukan Organ Awal: Tiub neural & organ asas mula bina seawal 3–4 minggu pertama.
2️⃣ Simpanan Folat Optimum: Badan ambil masa untuk bina paras folat yang cukup untuk janin.
3️⃣ Pembahagian Sel Sihat: Menyokong kualiti & pembahagian sel sebaik sahaja persenyawaan berlaku.

💡 Tips Elak Terlupa Makan Asid Folik:
✨ Letak botol suplemen sebelah berus gigi 🪥
✨ Set alarm/reminder kat telefon harian ⏰

📌 Langkah kecil hari ini, beri impak besar esok!
📌 Save post ini sebagai peringatan & tag pasangan korang! 💬👇

Singgah ke untuk konsultasi & panduan persediaan kehamilan yang tepat 🏥💖

🌫️ LANGIT BERKABUT? JAGA-JAGA DENGAN JEREBU! 😷⚠️   Awan nampak mendung ke atau sebenarnya JEREBU?   Jerebu bukan sekadar...
21/10/2026

🌫️ LANGIT BERKABUT? JAGA-JAGA DENGAN JEREBU! 😷⚠️
Awan nampak mendung ke atau sebenarnya JEREBU?
Jerebu bukan sekadar kabus biasa, tapi campuran zarah halus, debu & bahan kimia yang boleh masuk terus ke paru-paru korang!
Swipe carousel 1-5 untuk info penuh! ➡️
⚠️ Kesan Jerebu:
🫁 Batuk, selsema & sesak nafas
👀 Mata merah, pedih & berair
🤯 Sakit kepala & badan cepat letih
🛑 Burukkan simptom pesakit asma

🛡️ Tips Proteksi Diri:
1️⃣ Wajib pakai mask (N95/sesuai) bila kat luar
2️⃣ Kurangkan aktiviti outdoor
3️⃣ On air purifier dalam rumah
4️⃣ Minum air masak banyak-banyak

📌 Golongan berisiko tinggi: Kanak-kanak, warga emas, ibu hamil & pesakit asma!

📌 Save post ini & share kat family group sebagai peringatan mesra! 💬👇

Dapatkan pelitup muka & keperluan kesihatan di 🏥💖

🎉 WE HAVE OUR LUCKY DRAW WINNERS! 🎉   Tahniah diucapkan kepada 10 orang pemenang bertuah Cabutan Bertuah HealthHouz Phar...
19/10/2026

🎉 WE HAVE OUR LUCKY DRAW WINNERS! 🎉
Tahniah diucapkan kepada 10 orang pemenang bertuah Cabutan Bertuah HealthHouz Pharmacy! 🥳✨
swipe ke kiri untuk semak senarai pemenang bertuah & hadiah-hadiah eksklusif yang dimenangi!
🏆 SENARAI PEMENANG:
1. Siti Zubaidaih Binti Ramli
2.Mohd Zahid Zakaria
3. Muhd Hakiki Fitri Bin Zhohiri
4. Chai Peg Kee
5. Nurul Syaza Syazana Bt Ahmad Kashfee
6. Sapura A/P Ah Andianpa
7. Asma
8. Sofea Athena Jane Abdullah
9. Kartini Abdullah
10. Masirun Bin Taslam

📲 INFO PENEBUSAN HADIAH:
Pihak kami akan menghubungi semua pemenang melalui WhatsApp. Kalau terperasan nama korang atau kawan korang kat sini, jangan lupa tag dorang di ruangan komen di bawah ya! 👇💬

Terima kasih atas sokongan padu anda semua! Jumpa lagi di kempen & aktiviti seterusnya! 🏥💖

17/10/2026

✨ BEHIND THE SCENE: CABUTAN LUCKY DRAW HEALTHHOUZ PHARMACY! 🎁🥳
Pusing-pusing tangan dulu bagi adil & saksama! Siapa agak-agak nama yang tersangkut kat tangan kami tu? 🙈✨
Saksikan detik-detik proses cabutan 10 orang pemenang bertuah untuk kempen Lucky Draw kali ini! 📌 INFO PEMENANG:
1️⃣ Senarai nama penuh 10 orang pemenang akan disiarkan di post feed kami!
2️⃣ Pemenang akan dihubungi terus melalui WhatsApp📱!
Terima kasih jutaan ringgit buat semua yang telah mengambil bahagian & menyokong ! Mana tahu rezeki korang p**a untuk next lucky draw nanti 😉❤️

🛡️ LINDUNGI BAYI DALAM KANDUNGAN: APA ITU KECACATAN TIUB NEURAL (NTD)? 👶💖   Bagi wanita yang merancang untuk hamil, Asid...
15/10/2026

🛡️ LINDUNGI BAYI DALAM KANDUNGAN: APA ITU KECACATAN TIUB NEURAL (NTD)? 👶💖
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, Asid Folik adalah suplemen yang wajib diambil! Tapi tahu tak kenapa ia sangat kritikal pada peringkat awal kehamilan?

❓ Apa Itu Kecacatan Tiub Neural (NTD)?

Dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan — biasanya sebelum seseorang wanita sedar dirinya hamil — tiub neural bayi sedang terbentuk. Tiub ini kemudiannya akan berkembang menjadi otak dan saraf tulang belakang bayi.
⚠️ Jika tiub neural gagal ditutup dengan sempurna, ia boleh menyebabkan kecacatan kelahiran yang serius (NTD), antaranya:
🔴 Spina Bifida: Saraf tunjang bayi tidak berkembang atau terkatup dengan sempurna.
🔴 Anencephaly: Sebahagian besar otak dan tempurung kepala tidak terbentuk.

💡 Bagaimana Asid Folik Membantu?
Pengambilan Asid Folik yang cukup sebelum persenyawaan dan pada awal kehamilan mampu mengurangkan risiko Kecacatan Tiub Neural sehingga 70%!
⏰ Masa Itu Penting!

Jangan tunggu sampai ujian kehamilan menunjukkan keputusan positif (+)!

Mulakan pengambilan Asid Folik sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum anda mula mencuba untuk hamil.
"Asid Folik hari ini, masa depan si manja esok! Sihatnya ibu, bahagianya si manja." ❤️✨ Singgah ke HealthHouz Pharmacy untuk dapatkan nasihat dos Asid Folik dan suplemen pra-kehamilan yang tepat! 🏥💖

💊 ASID FOLIK 101: NUTRISI PENTING YANG ANDA TAK BOLEH ABAIKAN! 💊✨   Pernah tak terfikir kenapa doktor dan ahli farmasi s...
14/10/2026

💊 ASID FOLIK 101: NUTRISI PENTING YANG ANDA TAK BOLEH ABAIKAN! 💊✨

Pernah tak terfikir kenapa doktor dan ahli farmasi selalu sangat sebut pasal Asid Folik?

Asid folik ialah bentuk sintetik bagi Vitamin B9 — nutrisi penting yang badan kita tidak boleh hasilkan sendiri! Maksudnya, kita wajib dapatkannya daripada pemakanan harian atau suplemen!

💡 Apa Sebenarnya Fungsi Asid Folik Dalam Badan?
1️⃣ Membentuk Sel Darah Merah – Bekerjasama dengan Vitamin B12 untuk hasilkan sel darah merah yang sihat, sekali gus mengelakkan masalah anemia (kurang darah) yang buat kita cepat penat, pusing, dan pucat.
2️⃣ Sintesis DNA & Pembaikan Sel – Sangat penting untuk proses pembahagian dan pertumbuhan sel badan.
3️⃣ Kesihatan Jantung & Otak – Membantu mengawal paras asid amino (homosistein) dalam darah untuk kesihatan kardiovaskular.

🥦 Sumber Makanan Kaya Asid Folik:
Sayuran hijau (bayam, kailan, brokoli), kacang, buah sitrus, dan bijirin diperkaya.
⚠️ Namun, diet harian sahaja selalunya tidak cukup untuk mencapai dos harian yang disyorkan — terutamanya bagi yang merancang kehamilan! 🤰💖

Ada soalan tentang suplemen harian? Singgah ke HealthHouz Pharmacy dan tingkatkan pengetahuan kesihatan anda bersama kami!
Your Health, Our Care. ❤️✨

📅 DAY 4 | SUPPLEMENT TTC: TTC, KENA MAKAN SUPPLEMEN APA? 💊💖   Bila melangkah ke fasa ikhtiar zuriat (TTC), ramai yang te...
12/10/2026

📅 DAY 4 | SUPPLEMENT TTC: TTC, KENA MAKAN SUPPLEMEN APA? 💊💖

Bila melangkah ke fasa ikhtiar zuriat (TTC), ramai yang terus cari bermacam-macam jenis suplemen. Tapi tahu tak, tidak semua orang memerlukan suplemen yang sama?

Bila masuk farmasi dan tanya pharmacist:
👤 "Saya nak supplement untuk TTC."
👩‍⚕️ "Okay... ada ambil ubat lain? Ada medical condition? Dah mula folic acid?"
👤 "Err... saya datang nak beli supplement je..." 😅
Jangan panik! Kami tanya pelbagai soalan bukanlah untuk menyusahkan, tapi untuk memastikan apa yang anda ambil adalah selamat dan betul-betul sesuai dengan keadaan badan anda.

💡 Perkara Yang Boleh Dibincangkan Bersama Pharmacist/Healthcare Professional: 🌿 Folic acid (Sangat penting dimulakan awal sebelum hamil)
💊 Ubat yang sedang diambil (Elak tindak balas ubat)
🧴 Suplemen lain (Seperti Vitamin D, Omega-3, dll.)
⚖️ Dos yang sesuai
🏥 Medical history / Sejarah kesihatan

Tanya, dengar, sedia membantu! ❤️ TTC lebih yakin bersama kami!

Singgah ke HealthHouz Pharmacy untuk dapatkan nasihat mesra daripada pharmacist yang anda percayai! Kami sentiasa sokong setiap langkah anda 🏥💖

Address

No 76G-2 Jalan Nova N, U5/N, Subang Bestari
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 21:00
Sunday 10:00 - 21:00

Telephone

+60358921872

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when HealthHouz Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to HealthHouz Pharmacy:

Shortcuts

Share