Yayasan Insan Istimewa Selangor

Call Directions Website Contact the business

Yayasan Insan Istimewa Selangor Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri untuk insan istimewa di Selangor

Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor - YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018 lagi. Program-program ANIS ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibu bapa & penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna. Program ANIS merangkumi dua aspek iaitu:
1) Manfaat kewangan
- Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS

2) Program Pemberdayaan ANIS
- Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (PUSPANIS)
- Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor
- Akademi ANIS
- Independent Living Support Centre (ILSC)

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—จ๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ข๐—ž๐—จ๐Ÿ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)...
16/10/2026

๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—จ๐—œ ๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐——๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ข๐—ž๐—จ

๐Ÿ“ Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) | 16 Oktober 2026

Pemerkasaan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) bukan sekadar menyediakan bantuan dan penjagaan, tetapi membuka ruang kepada potensi, peluang serta masa hadapan yang lebih inklusif dan bermakna.

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) terus memperkukuh komitmennya dalam agenda pemerkasaan komuniti OKU menerusi sesi perkongsian bertajuk โ€œBeyond Care: Empowering Lives, Creating Opportunitiesโ€ sempena Selangor International CARE Expo (SICE) 2026.

Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Encik Nik Azmi bin Nik Ahmad Fathil, Ketua Jabatan Pentadbiran Korporat YANIS, mengetengahkan kepentingan pendekatan yang melangkaui aspek penjagaan semata-mata, dengan memberi penekanan kepada pembangunan potensi, peluasan peluang serta usaha membina kehidupan yang lebih berdikari dan berkualiti bagi komuniti OKU.

Perkongsian ini turut mencerminkan aspirasi YANIS untuk terus memperkukuh ekosistem sokongan yang inklusif, sekali gus memastikan komuniti OKU bukan sahaja mendapat akses kepada perkhidmatan dan bantuan, malah diberi ruang untuk berkembang, menyumbang serta memainkan peranan aktif dalam masyarakat.

Dalam masa yang sama, reruai YANIS di SICE 2026 turut menjadi platform memperkenalkan pelbagai program dan inisiatif yayasan kepada para pengunjung, di samping mengeratkan hubungan serta memperluas jaringan kerjasama strategik.

YANIS percaya bahawa setiap individu memiliki potensi yang bernilai. Dengan peluang dan sokongan yang tepat, setiap potensi mampu diterjemahkan kepada pencapaian yang bermakna.

Daripada penjagaan kepada pemerkasaan. Daripada potensi kepada peluang.

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™๐Ÿ“ KUALA LUMPUR | 15 OKTOBER 2026Memasuki...
15/10/2026

๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ฆ๐—œ๐—•๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ: ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž, ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—” ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™

๐Ÿ“ KUALA LUMPUR | 15 OKTOBER 2026

Memasuki hari kedua Selangor International Business Summit (SIBS) 2026, Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) meneruskan penglibatan aktif menerusi Selangor International Care Expo (SICE) 2026, sebuah platform yang menghimpunkan pelbagai pihak dalam memperkasa industri penjagaan, meneroka inovasi serta memperluas kerjasama strategik demi kesejahteraan masyarakat.

YANIS turut menghadiri Majlis Perasmian SICE 2026 yang diwakili oleh Encik Abdul Qayyum bin M. Suhaimi, Pengurus Besar YANIS. Majlis berkenaan turut menampilkan ucaptama oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, bertajuk โ€œExperience, Invest, Empower: A Whole-of-Nation Agenda for Careโ€, yang mengetengahkan kepentingan pendekatan menyeluruh negara dalam memperkukuh ekosistem penjagaan yang inklusif, bersepadu dan mampan.

Bertemakan โ€œExperience Careโ€, SICE 2026 menjadi medan pertemuan agensi kerajaan, organisasi dan pemain industri untuk berkongsi kepakaran, meneroka penyelesaian inovatif serta membuka peluang kerjasama rentas sektor dalam meningkatkan kualiti dan akses kepada perkhidmatan penjagaan.

Bersempena penganjuran SICE 2026, YANIS turut membuka reruai pameran bagi memperkenalkan pelbagai program, perkhidmatan dan inisiatif pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor. Pengunjung juga berpeluang mengenali YANIS dengan lebih dekat melalui sesi perkongsian maklumat, aktiviti santai dan kuiz interaktif yang disediakan.

Jom singgah ke reruai YANIS sepanjang SICE 2026! Kenali inisiatif kami dan bersama-sama menyokong usaha membina Selangor yang lebih inklusif dan berdaya huni.

๐Ÿ’œ ๐—•๐—˜๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—— ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜: ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š!Penjagaan bukan sekadar memenuhi keperluan, tetapi juga membuka pe...
15/10/2026

๐Ÿ’œ ๐—•๐—˜๐—ฌ๐—ข๐—ก๐—— ๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜: ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ๐—”๐—ก, ๐— ๐—˜๐—ก๐—–๐—œ๐—ฃ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š!

Penjagaan bukan sekadar memenuhi keperluan, tetapi juga membuka peluang untuk setiap individu berkembang, berdikari dan mencapai potensi diri. ๐Ÿ’™

Bagaimana kita boleh bersama-sama membina masa depan yang lebih inklusif untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU)?

โœจ Jom sertai sesi perkongsian โ€œBeyond Care: Empowering Lives, Creating Opportunitiesโ€ bersama Encik Nik Azmi bin Nik Ahmad Fathil, Ketua Jabatan Pentadbiran Korporat, Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), sempena Selangor International Care Expo (SICE) 2026!

๐Ÿ“… 16 Oktober 2026 (Jumaat)
โฐ 3.45 โ€“ 4.15 petang
๐Ÿ“ Hall 6, Level 1, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Terokai bagaimana kerjasama, sokongan dan peluang yang tepat mampu memperkasa kehidupan komuniti OKU serta membina masyarakat yang lebih inklusif.

๐Ÿ“ Jumpa anda di SICE 2026!

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐— ๐— ๐—œ๐—ง (๐—ฆ๐—œ๐—•๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก!๐Ÿ“ KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE | 14 OKTOBER 2026Selangor...
14/10/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—•๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐— ๐— ๐—œ๐—ง (๐—ฆ๐—œ๐—•๐—ฆ) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐——๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ๐—ž๐—”๐—ก!

๐Ÿ“ KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE | 14 OKTOBER 2026

Selangor International Business Summit (SIBS) 2026 membuka tirainya hari ini dengan menghimpunkan pemimpin, pemain industri dan pelabur bagi meneroka peluang perniagaan serta memperkukuh jaringan kerjasama di peringkat serantau.

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) turut hadir ke Majlis Perasmian SIBS 2026 bersempena Selangor ASEAN Business Conference (SABC) 2026, diwakili oleh Encik Abdul Qayyum bin M. Suhaimi, Pengurus Besar YANIS.

Majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) ini telah disempurnakan oleh DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor, dan turut dihadiri YAB Datoโ€™ Seri Amirudin bin Shari, Datoโ€™ Menteri Besar Selangor.

Memasuki penganjuran edisi ke-10, SIBS terus menjadi platform yang menghubungkan pelbagai sektor industri, membuka peluang kerjasama dan memperluas jaringan strategik.

YANIS juga mengambil bahagian dalam Selangor International Care EXPO (SICE) 2026 iaitu salah satu komponen utama SIBS melalui penyertaan reruai bagi memperkenalkan peranan, program dan inisiatif YANIS dalam menyokong pembangunan serta pemerkasaan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU).

Penyertaan ini turut membuka ruang kepada YANIS untuk meneroka potensi kerjasama dengan pelbagai pihak, khususnya dalam memperluas akses, peluang dan sokongan kepada komuniti OKU di Selangor.

14/10/2026

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ, ๐—ถ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐˜ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ. ๐Ÿ’š

Dengarkan perkongsian peserta dan keluarga tentang pengalaman mereka menyertai Program Hidroterapi & Rekreasi Keluarga CP di Monkey Canopy. ๐ŸŽฅ

Terima kasih atas maklum balas yang dikongsikan. Setiap pandangan membantu YANIS menambah baik program untuk komuniti istimewa dan keluarga mereka.

13/10/2026

๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ, ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ. ๐Ÿ’š

Jom imbas kembali momen ceria sepanjang Program Hidroterapi & Rekreasi Keluarga CP di Monkey Canopy sempena Hari Palsi Serebrum.

Masa bersama keluarga, gelak tawa dan pengalaman baharu, semuanya terangkum dalam video ini. ๐ŸŽฅโœจ

๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ข๐—ž๐—จ | ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“ SHAH ALAM | 11 OKTOBER 2026Peluang pekerjaan untuk komuniti...
13/10/2026

๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ข๐—ž๐—จ | ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“ SHAH ALAM | 11 OKTOBER 2026

Peluang pekerjaan untuk komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) bukan sekadar soal mendapatkan pekerjaan, tetapi juga memastikan mereka mendapat sokongan dan persekitaran kerja yang sesuai untuk membina kerjaya secara berterusan.

Perkara ini menjadi antara fokus utama Forum โ€œMembuka Ruang, Mencipta Peluang: Memacu Kerjaya Inklusif OKU di Selangorโ€ anjuran Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) dengan kerjasama Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS), bersempena Karnival Kerjaya JobCare Selangor Istimewa 2026.

Forum ini menampilkan tiga panel daripada pelbagai latar belakang, iaitu YB Danial Al Rashid, Pengerusi MTOS; En. Abdul Qayyum bin M. Suhaimi, Pengurus Besar YANIS; dan Dr. Wan Arnidawati binti Wan Abdullah dari Universiti Putra Malaysia, dengan Dr. Ruziah binti Ghazali selaku moderator.

Perbincangan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama dalam memperkukuh ekosistem pekerjaan inklusif:

๐Ÿ”น Dasar dan peluang pekerjaan โ€“ Memastikan dasar diterjemahkan kepada pelaksanaan sebenar melalui kesediaan majikan, kemudahan mesra OKU dan penyesuaian tempat kerja mengikut keperluan individu.

๐Ÿ”น Pendidikan dan latihan kemahiran โ€“ Memperkukuh latihan yang selari dengan keperluan industri, termasuk kemahiran digital dan pengalaman pembelajaran berasaskan pekerjaan.

๐Ÿ”น Sokongan di tempat kerja โ€“ Menangani cabaran seperti aksesibiliti, pengangkutan, persepsi majikan serta keperluan bimbingan kerjaya (job coach) bagi membantu pekerja OKU menyesuaikan diri dan berkembang.

Melalui perkongsian ini, YANIS berharap kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, industri dan komuniti dapat terus diperkukuh bagi mewujudkan lebih banyak peluang kerjaya yang inklusif dan mampan untuk komuniti OKU di Selangor.

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ๐Ÿ“ SHAH ALAM | 11 OKTOBER 2026Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) turu...
12/10/2026

๐—ž๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—”๐—Ÿ ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—๐—ข๐—•๐—–๐—”๐—ฅ๐—˜ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐Ÿ“ SHAH ALAM | 11 OKTOBER 2026

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) turut menyertai Karnival Kerjaya JobCare Selangor Istimewa 2026 yang berlangsung di Dewan MBSA Convention Centre, Shah Alam.

Karnival yang dirasmikan oleh YAB Datoโ€™ Menteri Besar Selangor ini memberi tumpuan kepada usaha memperluas peluang pekerjaan dan meningkatkan kebolehpasaran komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) di Selangor.

Sepanjang karnival, YANIS turut membuka reruai bagi memperkenalkan pelbagai program, perkhidmatan dan inisiatif yang disediakan untuk komuniti OKU serta keluarga mereka.

Penyertaan ini juga memberi peluang kepada YANIS untuk berinteraksi secara langsung dengan pengunjung, berkongsi maklumat serta memperkenalkan peranan YANIS dalam menyokong pembangunan dan pemerkasaan komuniti OKU.

YANIS akan terus menyokong usaha memperluas akses dan peluang kepada komuniti OKU melalui kerjasama strategik dengan pelbagai pihak, ke arah membina masyarakat Selangor yang lebih inklusif.

Address

Jalan Pahat L 15/L
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60355453170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Insan Istimewa Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Yayasan Insan Istimewa Selangor:

Shortcuts

Share