07/09/2026
“DAH CUCUK GEL, TAPI LUTUT MASIH SAKIT?” 🦵💉
Ini antara perkara yang selalu kami dengar:
“Doktor, dulu dah cucuk gel. Mula-mula okay… tapi sekarang sakit balik.”
Jadi apa pilihan seterusnya?
Gel lagi? PRP?
Atau dah kena operate? 😟
Sebenarnya, bukan semua injection lutut bekerja dengan cara yang sama.
Dan bila gel dah kurang membantu, ia tidak semestinya bermaksud pembedahan adalah satu-satunya pilihan.
Senang cerita 👇
💧 GEL / HA — bantu ‘melincirkan’ sendi
HA membantu keadaan cecair dalam sendi supaya pergerakan lebih selesa dan sakit dapat dikurangkan.
🩸 PRP — gunakan keupayaan daripada darah sendiri
Darah pesakit diproses untuk mendapatkan bahagian yang kaya dengan platelet.
Platelet membawa pelbagai faktor yang boleh membantu mengawal keradangan, mengurangkan sakit dan memperbaiki fungsi sendi.
🧬 EXOSOME — pendekatan regenerative generasi baru
Ini antara perkembangan yang semakin mendapat perhatian dalam bidang regenerative medicine.
Ia membawa pelbagai signal yang terlibat dalam komunikasi antara sel dan sedang dikaji kerana potensinya untuk:
✨ membantu mengawal keradangan dalam sendi
✨ menyokong proses pemulihan
✨ membantu mewujudkan persekitaran sendi yang lebih baik
Jadi… kalau gel dah tak membantu, terus kena operate?
Tidak semestinya.
Bagi pesakit yang sesuai, masih ada pilihan rawatan lain yang boleh dipertimbangkan — termasuk PRP dan pendekatan regenerative seperti exosome.
Matlamatnya bukan untuk menjadikan lutut yang sudah haus “baru semula”, tetapi untuk membantu:
🦵 mengurangkan sakit
🚶 bergerak dengan lebih selesa
💪 mengekalkan fungsi lutut
🏃 kekal aktif dalam kehidupan harian
Namun, kalau kerosakan sendi sudah terlalu teruk, pembedahan mungkin tetap merupakan pilihan yang paling sesuai.
Sebab itu dr tak terus tentukan injection hanya berdasarkan X-ray atau umur.
Dr akan periksa dahulu keadaan sendi tersebut.
Tengok tahap OA, keadaan sendi, simptom dan rawatan yang pernah dibuat.
Kemudian baru kita bincangkan:
Gel? PRP? Exosome? Atau pembedahan?
Setiap lutut berbeza.
Setiap pesakit ada keperluan yang berbeza.
Kita assess dulu. Kemudian pilih rawatan yang paling sesuai.
🦵 Every Knee Matters to Us.