Big Pharmacy Tanah Merah - Bandar Lama

Call Directions

Big Pharmacy Tanah Merah - Bandar Lama BIG PHARMACY HEALTHCARE SDN BHD
Registration No.: 199801010752 (466880-D)

We value your privacy.

🤗🤗🤗
22/10/2026

🤗🤗🤗

15/10/2026

“Doktor, perut saya sakit.”

“Bahagian mana yang sakit?”

“Sakit macam mana? Memulas, mencucuk atau pedih?”

“Sejak bila sakit? Ada muntah atau demam?”

Kadang-kadang kita rasa macam doktor tanya terlalu banyak soalan. Dah sakit perut, kena jawab macam-macam p**a.

Sebenarnya, setiap jawapan itu penting.

Perut kita menempatkan pelbagai organ. Lokasi sakit boleh membantu doktor mengenal pasti kemungkinan puncanya.

Contohnya:

1. Sakit ulu hati (tengah atas)

Mungkin berkaitan gastritis, ulser perut, refluks asid atau keradangan pankreas (pankreatitis).

2. Sakit kanan atas perut

Doktor mungkin mempertimbangkan masalah batu karang hempedu, keradangan pundi hempedu atau penyakit hati.

Ada pesakit yang mengalami sakit selepas makan, terutama makanan berlemak.

3. Sakit kiri atas perut

Boleh berkaitan masalah perut, pankreas atau limpa.

4. Sakit sekitar pusat

Antara kemungkinan ialah jangkitan saluran penghadaman atau masalah usus.

Menariknya, apendisitis juga boleh bermula dengan sakit sekitar pusat sebelum beralih ke bahagian kanan bawah perut.

5. Sakit kanan bawah perut

Antara keadaan penting yang doktor perlu pertimbangkan ialah apendisitis.

Namun, batu dalam saluran kencing dan masalah ovari juga boleh menyebabkan sakit di kawasan ini.

6. Sakit kiri bawah perut

Boleh berkaitan sembelit, divertikulitis (keradangan kantung kecil pada usus besar) atau masalah ovari.

7. Sakit bawah tengah perut

Mungkin berpunca daripada jangkitan saluran kencing, masalah pundi kencing atau senggugut.

8. Sakit di sisi perut hingga ke belakang

Doktor akan turut mempertimbangkan masalah buah pinggang, termasuk batu karang dan jangkitan buah pinggang.


Tetapi lokasi sakit sahaja tidak cukup untuk menentukan diagnosis.

Doktor juga perlu tahu bagaimana sakit itu bermula, sama ada semakin kuat atau datang dan pergi, serta sama ada terdapat gejala lain.

Contohnya, sakit perut bersama demam, muntah, cirit-birit, pedih ketika kencing atau perubahan haid boleh memberikan petunjuk yang berbeza.

Pemeriksaan fizikal dan kadangkala ujian darah, air kencing atau imbasan diperlukan untuk mengenal pasti punca sebenar.

Bila perlu dapatkan rawatan segera?

Jangan tunggu jika sakit perut berlaku secara tiba-tiba dan sangat kuat, semakin teruk, perut menjadi keras atau sangat sakit apabila disentuh, muntah berterusan, muntah darah, najis berdarah atau pengsan.

Sakit perut bersama sesak nafas atau sakit dada juga memerlukan perhatian segera. Begitu juga sakit perut yang kuat jika sedang atau mungkin hamil, terutama apabila disertai pendarahan.

Jadi, apabila doktor bertanya banyak soalan tentang sakit perut anda, bukan kerana mahu menyusahkan.

Setiap jawapan membantu doktor membezakan antara masalah yang mungkin ringan dengan keadaan serius yang memerlukan rawatan segera.

Gambar ini ialah panduan umum untuk memahami lokasi sakit perut dan kemungkinan puncanya, bukan alat untuk membuat diagnosis sendiri.

Public Health Malaysia

15/10/2026

Sakit dada sebelah kiri, terus teringat jantung.

Sakit sebelah kanan, rasa lega sikit.

Sakit ulu hati, kita kata “alah, gastrik je ni.”

Tapi badan manusia tak semudah itu.

Masalah jantung tak semestinya menyebabkan sakit di sebelah kiri. Ada yang rasa dada ditekan, ada yang sakit sampai ke rahang atau belakang. Ada juga yang cuma rasa tak selesa di ulu hati.

Begitu juga sebaliknya. Bukan semua sakit dada berpunca daripada jantung.

Sebab itu bila doktor tanya di mana sakit, bagaimana rasa sakit dan ada simptom lain atau tidak, semuanya ada sebab.

Yang kita risau, bila sakit dada datang bersama sesak nafas, peluh sejuk, loya atau rasa nak pengsan.

Jika disyaki serangan jantung, hubungi 999 segera.

Jangan terlalu yakin itu cuma angin atau gastrik.

Lokasi sakit boleh beri petunjuk. Tetapi bukan diagnosis.

One Shop One School Programme 😁
15/10/2026

One Shop One School Programme 😁

11/10/2026

Kerusi roda boleh baring? Ada kat BIG Pharmacy Bandar Lama Tanah Merah! 🏥👍✨
Boleh dibaringkan (reclining) mengikut keselesaan:
✨ Tempat duduk lembut & ada sokongan kepala
✨ Pelapik kaki & pemegang boleh dilaraskan

📌Dapatkan sekarang di cawangan kami!

05/10/2026
02/10/2026

HATI BERLEMAK: BILA HATI “BANJIR” DENGAN GULA

Air manis nampak macam biasa.

Teh ais.
Kopi manis.
Boba.
Air berkarbonat.

Tapi bila kita ambil terlalu kerap, hati kena urus lebihan gula itu.

Bila terlalu banyak dan terlalu kerap, lebihan tenaga boleh ditukar menjadi lemak.

Lemak itu kemudian mula berkumpul dalam hati.

Itulah hati berlemak.

Yang menakutkan, hati berlemak selalunya berlaku senyap-senyap.

Tak sakit.
Tak semestinya ada simptom.
Kita boleh rasa “okay”.

Tapi dalam hati, lemak mungkin sudah mula berkumpul.

Kalau dibiarkan lama, ia boleh menyebabkan:

radang hati → parut hati → sirosis → fungsi hati rosak dan jadi kanser hati.

Macam mana nak tahu?

Doktor boleh buat:

✅ Ujian darah
Kadang-kadang bacaan enzim hati naik.

✅ Ultrasound
Boleh nampak tanda hati berlemak.

Kalau perlu, doktor boleh buat ujian lain untuk tengok sama ada hati sudah mula keras atau berparut.

Tapi ingat:

Keputusan darah normal tak semestinya bermaksud hati bebas lemak.

Sebab itu jangan tunggu sampai sakit.

Kurangkan air manis sebelum hati mula “penuh”.

Yang kita nampak mungkin cuma segelas air manis. Yang kita tak nampak ialah apa yang sedang berlaku dalam hati.

02/10/2026

Kalau kita tiba-tiba sedih atau terlalu rindu kepada seseorang yang sudah tiada, cepat-cepat sedekahkan Al-Fatihah untuknya.

Kalau hari itu 10 kali teringat,
10 kali rindu,
10 kali juga baca Al-Fatihah.

Entah kenapa, ia benar-benar membantu.

Bukan bermaksud rasa rindu itu terus hilang.

Tetapi dari sudut psikologi, kita sedang menukar rasa kehilangan yang tidak mampu kita ubah kepada satu tindakan yang masih mampu kita lakukan.

“Aku masih boleh hadiahkan sesuatu untuk dia.”

Ia memberi makna kepada kerinduan itu.

Dalam psikologi, proses seperti ini berkait dengan bagaimana seseorang mencari makna selepas kehilangan, mengawal emosi dan mengekalkan ikatan dengan insan yang telah pergi dalam bentuk yang sihat.

Kita menerima bahawa dia sudah tiada.

Tetapi kasih, ingatan dan doa untuknya masih boleh diteruskan.

Rindu itu mungkin tetap datang.

Tetapi setiap kali ia datang, kita sudah tahu apa yang mahu dilakukan dengannya.

Jangan lawan rasa rindu itu.

Tukarkan rindu menjadi doa.

Kalau 10 kali rindu,
10 kali Al-Fatihah.

Kadang-kadang begitulah hati belajar menerima kehilangan.

Bukan dengan melupakan,

tetapi dengan terus menyayangi dalam bentuk yang berbeza ❤️

02/10/2026

Apa Berlaku Pada Tubuh Bila Kita Masih Tak Berhenti Merokok?

Merokok telah diputuskan haram kerana kemudaratannya.

Dan kemudaratan itu bukan sekadar teori.

Sedut.

Asap masuk melalui mulut, turun ke tekak dan terus ke paru-paru.

Dalam masa singkat, nikotin masuk ke dalam darah dan sampai ke otak.

Jantung berdegup lebih laju.
Salur darah mengecut.
Karbon monoksida mengurangkan keupayaan darah membawa oksigen.

Di paru-paru, bahan toksik mengiritasi saluran pernafasan dan merosakkan silia bulu halus yang membantu membersihkan lendir dan kotoran.

Lama-kelamaan:

Batuk semakin kerap.
Kahak bertambah.
Nafas semakin pendek.

Setiap kali rokok dinyalakan, proses ini berulang.

Dinding salur darah terus rosak.
Risiko serangan jantung dan strok meningkat.

Bahan karsinogen dalam asap rokok p**a boleh merosakkan DNA dan meningkatkan risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, pundi kencing dan organ lain.

Sebab itu fatwa mengharamkan rokok bukan tanpa sebab.

Mudaratnya nyata.
Kerosakannya berlaku dalam tubuh setiap kali asap itu disedut.

Tubuh tak pernah benar-benar “biasa” dengan asap rokok. Ia cuma terus menanggung kerosakan.

02/10/2026

Satu benda boleh buat malam ini.

Ambil telefon.

Pergi dekat mak ayah dan tanya:

“Mak, ayah makan ubat apa sekarang?”

Sebab bayangkan suatu malam mereka tiba-tiba perlu dibawa ke Emergency Department.

Doktor bertanya:

“Ubat darah tinggi apa?”

“Ada diabetes?”

“Ambil ubat cair darah?”

“Ada allergy ubat?”

Dan kita berdiri di situ cuba mengingat:

“Ada satu pil putih…”

“Yang darah tinggi tu kot…”

“Insulin macam ada…”

“Tapi tak ingat nama.”

Benda ini sangat mudah berlaku.

Lagi-lagi kalau mak ayah makan lima atau enam jenis ubat.

Jadi jangan tunggu emergency.

Ambil gambar semua ubat mereka malam ini.

Pastikan nama ubat dan kekuatan dos boleh dibaca.

Simpan satu nota ringkas dalam telefon:

Nama penyakit.

Nama ubat dan dos.

Alahan ubat yang diketahui.

Nombor waris untuk dihubungi.

Dan update apabila rawatan berubah.

Mungkin kita tak perlukan senarai itu esok.

Mungkin juga bukan tahun ini.

Tetapi kalau satu hari nanti mak atau ayah terlalu sakit untuk menjawab sendiri,

kita tidak perlu meneka bagi pihak mereka.

Kadang-kadang menjaga mak ayah bukan sekadar mengingatkan mereka makan ubat.

Kita juga perlu tahu ubat apa yang mereka makan.

Address

NO 308, GROUND & FIRST FLOOR, Jalan DATO NIK MUSTAPHA
Tanah Merah
17500

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+601155846761

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Big Pharmacy Tanah Merah - Bandar Lama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share