Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands

Directions

Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands, Healthcare administrator, PEJABAT KESIHATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS, Tanah Rata.

Program panel penasihat Klinik Kesihatan Tanah Rata "𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐮 𝐒𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐝𝐢”Tarikh 22/8/2026 Tempat...
23/08/2026

Program panel penasihat Klinik Kesihatan Tanah Rata

"𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐇𝐚𝐝𝐢𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐮 𝐒𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧𝐝𝐢”

Tarikh 22/8/2026
Tempat Perpustakaan Cameron Highlands
Jumlah Kehadiran 42 Orang

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚Tarikh : 9 Sept 2026Tempat : Klinik Kesihatan Kampung RajaAnjuran : Jabatan O&G Hospi...
11/08/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚

Tarikh : 9 Sept 2026
Tempat : Klinik Kesihatan Kampung Raja
Anjuran : Jabatan O&G Hospital Kuala Lipis bersama PKD Cameron Highlands

Khusus untuk ibu-ibu yang berminat. Percuma tanpa mengira kewarganegaraan. Yang penting bekerja dan menetap di Cameron Highlands

🩺 PROGRAM ACD SARINGAN TIBI DAN KUSTAPejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands melalui Unit TB/Kusta telah menjalankan ...
07/08/2026

🩺 PROGRAM ACD SARINGAN TIBI DAN KUSTA

Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands melalui Unit TB/Kusta telah menjalankan Program Active Case Detection (ACD) Saringan Tibi dan Kusta selama tiga hari bagi meningkatkan pengesanan awal kes Tibi dan Kusta dalam kalangan penduduk setempat.

📅Tarikh: 4 – 6 Ogos 2026

📍Tempat:
• Kg. Sg. Ruil
• Kg. Sungai Gentan
• Kampung Rening

Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk mengesan kes Tibi dan Kusta pada peringkat awal, khususnya dalam kalangan penduduk yang berisiko. Saringan secara aktif di komuniti dapat membantu mengenal pasti individu yang mempunyai gejala atau faktor risiko untuk pemeriksaan lanjut dan tindakan susulan.

🔎 Antara aktiviti yang dijalankan adalah:
• Saringan Tibi
• Saringan X-ray
• Ujian IGRA
• SSS bagi saringan Kusta

Melalui program ini, penduduk berpeluang mendapatkan saringan dan pemeriksaan kesihatan secara lebih mudah di komuniti. Pengesanan awal amat penting bagi memastikan rawatan dapat diberikan dengan segera serta membantu mencegah penularan penyakit dalam komuniti.

💚 Bersama kita tingkatkan kesedaran, lakukan saringan dan cegah Tibi serta Kusta.

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐌𝐄  𝐊𝐄𝐑𝐀𝐂𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐇𝐀𝐍𝐎𝐋(𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍,𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍,𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍)🗓️ Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)🕗 Masa: 3.00 petang– 5.00...
29/07/2026

📢 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐂𝐌𝐄 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐂𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐇𝐀𝐍𝐎𝐋(𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍,𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍,𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍)

🗓️ Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
🕗 Masa: 3.00 petang– 5.00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat PKDCH

📢 PAMERAN KESIHATAN SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI & HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN ...
27/07/2026

📢 PAMERAN KESIHATAN SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI & HARI TERBUKA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS TAHUN 2026📢

📅 25 Julai 2026
📍 Dewan Gemilang, Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah

Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands telah dijemput untuk mengadakan Pameran Kesihatan sempena Karnival Pendidikan MADANI & Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands Tahun 2026.

👨‍⚕️ Unit Promosi Kesihatan telah memberi fokus kepada pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan demam denggi 🦟 serta meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penggunaan rokok, v**e dan sh**ha 🚭. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat kesihatan, bahan pendidikan dan menyertai aktiviti interaktif yang disediakan di reruai pameran.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan murid, guru, ibu bapa serta masyarakat tentang kepentingan membanteras pembiakan nyamuk Aedes dan mengamalkan gaya hidup bebas daripada amalan merokok, v**e serta sh**ha demi kesihatan yang lebih baik.

🤝 Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands atas jemputan yang diberikan serta kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan sepanjang program berlangsung.

💙 Kesihatan Tanggungjawab Bersama








BENGKEL TOT SKOP KOSPEN KOA SG RUILTarikh : 18/7/26 (Sabtu)Masa : 9am-12pmTempat : Dewan Komuniti KOA Sg RuilTentatif :-...
20/07/2026

BENGKEL TOT SKOP KOSPEN KOA SG RUIL

Tarikh : 18/7/26 (Sabtu)
Masa : 9am-12pm
Tempat : Dewan Komuniti KOA Sg Ruil

Tentatif :
- Skop KOSPEN
- ⁠Ceramah Kesihatan
- ⁠ Saringan Kesihatan oleh Sukarelawan
- ⁠Pameran NCD

🌿 PROGRAM KARNIVAL AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2026 🌿Alhamdulillah, Program...
01/07/2026

🌿 PROGRAM KARNIVAL AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT DAERAH CAMERON HIGHLANDS 2026 🌿

Alhamdulillah, Program Karnival Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Daerah Cameron Highlands 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah hasil kerjasama erat pelbagai pihak serta sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. 🎉

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr Ramli bin Dato’ Mohd. Nor, Ahli Parlimen Cameron Highlands. Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih 🙏 atas kesudian beliau merasmikan program ini serta atas sokongan berterusan terhadap usaha memperkasakan agenda kesihatan awam di daerah Cameron Highlands.

🤝 Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada semua jabatan dan agensi kerajaan, rakan strategik, pihak swasta, sukarelawan, petugas serta seluruh warga Cameron Highlands yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan padu dalam menjayakan program ini.

💚 Semoga penganjuran Program ANMS ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan hidup sihat dalam kalangan masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama antara agensi dan komuniti dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih sihat, aktif, produktif dan sejahtera.

✨ Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah hadir dan menyokong penganjuran program ini. Semoga usaha murni ini akan terus mendapat sokongan demi merealisasikan aspirasi “Sihat Milik Bersama”.

🌱 “Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati.”








🌸 Lindungi Diri, Cegah Kanser Serviks 🌸Kanser serviks boleh dicegah dan dikesan lebih awal melalui saringan HPV dan Pap ...
29/06/2026

🌸 Lindungi Diri, Cegah Kanser Serviks 🌸

Kanser serviks boleh dicegah dan dikesan lebih awal melalui saringan HPV dan Pap Smear.

Jangan tunggu sehingga ada gejala. Saringan berkala dapat membantu mengesan perubahan awal pada pangkal rahim sebelum ia menjadi kanser.

✅ Prosedur ringkas dan selamat
✅ Pengesanan awal menyelamatkan nyawa
✅ Sesuai untuk wanita yang layak menjalani saringan

💗 Sayangi diri anda dan orang tersayang. Luangkan sedikit masa hari ini untuk kesihatan masa depan.

📍 Jom dapatkan saringan HPV & Pap Smear di klinik kami.

📞 Hubungi kami atau datang terus untuk maklumat lanjut dan membuat temu janji.

✅Klinik Kesihatan Tanah Rata
✅ Klinik Kesihatan Ringlet
✅ Klinik Kesihatan Kampung Raja

“Saring Awal, Bertindak Awal, Hidup Lebih Sihat.” 🌷

💚 PROGRAM KESEDARAN DERMA ORGAN 💚📅 Tarikh: 20 Jun 2026📍 Lokasi: Cameron Square(Nova) & Kea Farm, Cameron HighlandsAlhamd...
21/06/2026

💚 PROGRAM KESEDARAN DERMA ORGAN 💚

📅 Tarikh: 20 Jun 2026
📍 Lokasi: Cameron Square(Nova) & Kea Farm, Cameron Highlands

Alhamdulillah, Program Kesedaran Derma Organ telah berjaya dilaksanakan di Cameron Square(Nova) dan Kea Farm, Cameron Highlands. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan mulia yang mampu menyelamatkan nyawa serta memberi harapan baharu kepada pesakit yang memerlukan.

Pendermaan organ dan tisu merupakan proses mendermakan organ atau tisu untuk tujuan pemindahan (transplantasi) bagi membantu pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir. Pemindahan organ terbukti sebagai salah satu kaedah rawatan yang berkesan untuk menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti hidup penerima.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang telah meluangkan masa untuk mendapatkan maklumat, bertanya soalan dan menunjukkan sokongan terhadap usaha meningkatkan kesedaran mengenai pendermaan organ dalam kalangan masyarakat.

Cara Mendaftar Sebagai Pengikrar Derma Organ

✅ Melalui aplikasi MySejahtera:

1. Buka aplikasi MySejahtera.
2. Pilih menu “Ikrar Derma Organ”.
3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
4. Hantar permohonan dan simpan Kad Digital Derma Organ yang dipaparkan selepas pendaftaran berjaya.

✅ Atau daftar secara dalam talian melalui portal rasmi Derma Organ Malaysia:

📌 Portal Rasmi Derma Organ Malaysia (Jom Ikrar)⁠

Semua lapisan umur layak mendaftar sebagai pengikrar derma organ. Bagi individu berumur bawah 18 tahun, keizinan ibu bapa atau penjaga diperlukan. Pengikrar juga digalakkan memaklumkan hasrat mereka kepada ahli keluarga atau waris.

“Satu Ikrar, Sejuta Harapan. Organ yang didermakan mampu memberi kehidupan baharu kepada mereka yang memerlukan.” 💚

🔗 Sumber Rasmi:

* Portal Rasmi Derma Organ Malaysia⁠
* Jom Ikrar Derma Organ⁠
* Pendaftaran Penderma Organ (MySejahtera) - Malaysia.gov.my⁠

💚

📣 CABAR KEKUATAN PASUKAN ANDA DALAM PERTANDINGAN TARIK TALI! 💪🏆Adakah pasukan anda mempunyai semangat kerjasama, kekuata...
19/06/2026

📣 CABAR KEKUATAN PASUKAN ANDA DALAM PERTANDINGAN TARIK TALI! 💪🏆

Adakah pasukan anda mempunyai semangat kerjasama, kekuatan dan strategi yang mantap? Inilah masanya untuk membuktikan kehebatan pasukan anda di Pertandingan Tarik Tali sempena Karnival Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2026!

🤝 Kumpulkan rakan sepasukan dan sertai pertandingan yang penuh aksi, semangat berpasukan serta keseronokan ini.

📅 Tarikh: 28 Jun 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 8.00 pagi – 11.00 pagi
📍 Tempat: Padang Awam MDCH, Tanah Rata, Cameron Highlands

💰 Hadiah Wang Tunai Menarik
🥇 Johan: RM300
🥈 Naib Johan: RM200
🥉 Tempat Ketiga: RM100
🏅 Tempat Keempat: RM70

🎯 Penyertaan terbuka kepada semua agensi
⚠️ Terhad kepada 10 pasukan terawal sahaja!

📝 Pendaftaran secara dalam talian melalui kod QR yang disediakan.
📌 Tarikh tutup pengesahan penyertaan adalah sebelum atau pada 25 Jun 2026 (Khamis).

Jangan lepaskan peluang untuk mengeratkan ukhuwah, menguji kekuatan pasukan dan memeriahkan Karnival Jelajah ANMS 2026!

🔥 Tarik bersama, menang bersama!
💪 Jom sertai dan buktikan pasukan anda yang terbaik!

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS
Tanah Rata

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share