Klinik Dr Muhaimin

Call Directions Contact the business

Klinik Dr Muhaimin PERUBATAN AM
Tumpat, Kelantan

+60104066700
+609726 0546

[email protected]

04/10/2026

Ada sepasang suami isteri kerap menekan-nekan staf klinik untuk membeli ubat kencing manis tanpa pemeriksaan doktor.

Takut berjumpa dengan doktor bimbang dengan caj yang boleh jadi mahal.

Pesakit sebelum ini pernah dimasukkan ke KPJ disebabkan penyakit lain, waktu itu rawatan kencing manis dimulakan. Selepas itu beliau hanya membeli ubat kencing manis di farmasi seperti yang diberikan oleh KPJ tanpa rawatan susulan.

Bertahun-tahun beliau dengan ubat ini tanpa pemeriksaan doktor.

Beranggapan beli ubat mahal pastinya baik.

Pesakit ini datang ke klinik kami dengan komplikasi yang pelbagai.

Kaki sudah membengkak, sesak nafas bila berjalan, tiada tenaga serta tak mampu berjalan dengan baik dan masalah saraf kencing manis.

Bacaan gula dan tekanan darah tak terkawal.

Ujian darah dibuat, betul agakkan saya. Buah pinggang sudah rosak!

Saya tak salahkan KPJ. Ubat yang diberikan sesuai untuk rawatan waktu itu.

Silapnya pada pesakit yang tidak membuat pemeriksaan berkala. Bahkan yakin gula beliau terkawal.

3 kali ujian darah secara bersiri, menunjukkan bacaan buah pinggang makin merudum.

Isunya :

- Pesakit makan ubat tidak sebagaimana yang diarahkan.

- Pesakit memilih ubat mana yang beliau nak ambil dan ubat mana yang dia rasakan tidak diperlukan. Ubat darah tinggi pun beliau tolak.

- Asal gula tinggi saja, dibuat alasan “malam tadi saya makan lebih sikit.” Padahal nak dapat bacaan normal jauh sekali.

Natijahnya, gula tidak sampai kepada target rawatan.

Bila diminta berjumpa doktor untuk nasihat rawatan yang sepatutnya, mereka akan marah-marah. Seolah-olah kami menafikan hak mereka mendapat rawatan. Apa yang mereka nak hanya beli ubat sahaja.

Kos perubatan menjadi isu utama mereka sebenarnya.

Khas untuk pesakit ini :

- Ubat kencing manis yang sesuai hanyalah suntikan insulin. Bagi pesakit buah pinggang tahap 4 dan 5 insulin adalah piliahan terbaik. Bukannya ubat makan.

- Kos insulin agak mahal. Harga berdasarkan dose keperluan pesakit. 1 pen insulin hanya boleh dicucuk 200 unit sahaja. Sekiranya pesakit perlu cucuk 20 unit 2 kali sehari 1 pen hanya mampu bertahan 5 hari. Bayangkan kos 6 batang pen insulin yang berharga RM 50-60 untuk sebulan. Itupun kalau suntikan 2 kali sehari. Belum dikira suntikan waktu malam yang insulin berbeza jenis atau suntikan yang 3 kali sehari.

- Kos insulin di klinik kerajaan hanya perlu dibayar RM 1. Bersyukurlah dan gunakan dengan sewajarnya selagimana perkhidmatan kesihatan kita masih percuma.

- Pesakit enggan ke klinik kerajaan. Walaupun kewangan semasa mereka tidak mengizinkan untuk menampung kos semua ubat yang diperlukan.

- Pesakit perlu dirujuk kepada pakar buah pinggang yang mana ini pun tidak dipersetujui oleh pesakit. Persediaan awal sekiranya buah pinggang perlu dicuci (dialisis) perlu dibuat.

Kadang-kadang dilema merawat pesakit ialah memberi faham kepada mereka yang tidak mahu faham.

Tiada niat untuk kami nafikan rawatan pesakit, kecuali apa yang kami mahukan ialah yang terbaik. Kos yang mampu dibayar, rujukan kepada pakar bila perlu. Tanpa memberi harapan palsu kepada pesakit.

02/10/2026

Minggu ini kes Influenza agak tinggi.

Ada yang 1 rumah terkena.

Kesan cuti yang banyak barangkali.

01/10/2026

“Saya pelik, 6 botol dah antibiotik anak saya makan. Tapi masih demam lagi.”

“Bila lagi anak puan mula ambil anitbiotik?”

“Bulan 7 sekali. Bulan 9 sekali.”

“Maknanya demam dulu dah sembuh. Tapi yang sekarang ni baru jadi balik la kan?”

Kerap ibu bapa ‘exaggerate’ bila menceritakan perihal sakit anak.

3 botol bulan Julai.

3 botol bulan September.

Betul la total jadi 6 botol.

Sebenarnya 6 botol bukan banyak pun.

Bila klinik gunakan ubat yang berpekatan rendah kandungannya, automatik ubat perlu diambil dengan kuantiti yang banyak.

Bagi ubat yang berkepekatan tinggi, 1 botol sudah menyamai 2 atau 3 botol yang berkepekatan rendah.

Antibiotik yang diberi untuk rawatan waktu itu. Bukannya untuk protection jangka masa panjang.

Demam bulan Julai yang sudah sembuh tak boleh dikatakan “demam non stop” berbulan-bulan.

Untuk kes pesakit ini ibunya beranggapan :

- Demam belum sembuh. Sedangkan 2 kali demam sebelum ini sudah sembuh dan yang terbaru hanya bermula semalam.

- Bila makan antibiotik 6 botol, tak sepatutnya demam akan terjadi kembali.

- Asal demam saja, tonsil yang dipersalahkan. Sedangkan anak tidak bergejala sakit tekak.


Jadi apa sebab anak kerap demam ? :

1. Pemakanan tak sihat dan kurang zat. Menyebabkan antibodi lemah.

2. Persekitaran tak bersih.

3. Berjangkit dengan saudara atau kawan-kawan di sekolah yang bergejala.

4. Leukemia. Kanser darah. Antara simptom awal pesakit ialah kerap dan mudah demam. Ujian darah perlu untuk pengesanan awal.

“Tapi anak saya tak nak ambil darah doktor.”

Mahu berleter panjang saya kalau ibubapa yang tanya kebenaran anak.

15/09/2026

“Nak rawat ‘Bade’ doktor.”

“Kawasan dada, tapi tak nak tunjuk la.”

“Banyak dah klinik saya pergi.”

“Makan pun pantang dah. Tak ok juga.”

Isu pesakit ini :

1. Jumpa doktor dengan diagosis bukan mengadu gejala. Kadang-kadang bila dignosis berbeza dengan apa yang pesakit maklumkan akan wujud isu kepercayaan antara pesakit kepada doktor. Cerita masalah dan gejala, bukan dignosis.

2. ‘Bade’ dalam istilah Kelantan merujuk kepada kurap dan eczema dan boleh jadi juga psoriasis. Penyakit berbeza. Jadi ubat pun tak sama.

3. Tak nak tunjuk kulit yang bermasalah. Sebab malu. Rawatan perlu kepada pemeriksaan. Bukan andaian atau mengikut kebiasaan. Sekiranya isu aurat, elok pesakit lelaki cari doktor lelaki dan sebaliknya.

4. Banyak klinik dah ambil rawatan tapi tak sembuh : ini sama ada dignosis tak betul atau pesakit tak faham masalah penyakit.

5. Makan dah pantang : pantang bagi orang Kelantan bila melibatkan alergik hanya pada seafood. Sedangkan semua makanan ada risiko alergik. Pantang jumpa lagi teruk, semuanya dibedal.

Saya sering tekanan, diagnosis yang betul akan hasilkam rawatan yang tepat.

Pesakit ini datang dengan penyakit lain, pulang dengan dignosis lain. Tak sebagimana yang disangka.

Ubat kencing manis 😞Ubat kurus 🙂Suntikan kencing manis seminggu sekali sebenarnya sudah lama ada.Waktu Ozempic masuk ke ...
12/09/2026

Ubat kencing manis 😞
Ubat kurus 🙂

Suntikan kencing manis seminggu sekali sebenarnya sudah lama ada.

Waktu Ozempic masuk ke negara kita, ubat ini kurang mendapat perhatian. Kerana pendaftaran dengan KKM hanya untuk rawatan kencing manis. Pun begitu Ozempic tetap diguankan sebagai ubat off-label untuk kurus.

Bila Mounjaro masuk dan sekarang ini banyak lagi jenama-jenama lain wujud ianya viral sebagai ubat kurus.

Persepsi orang kita bila disebut sebagai suntukan kencing manis, ramai yang tak nak.

Bila ditukar kepada suntikan untuk kurus, ubat ini menjadi hot item.

Kawal gula itu lebih penting dari kurus. Tapi obesiti juga adalah penyakit.

Berhati-hati dengan jenama-jemana baru yang belum lulus KKM dan bawa masuk secara tak sah.

Kurus untuk sihat, bukan mudaratkan diri.

Mesin tekanan darah antara yang perlu ada di setiap rumah.Sakit kepala - periksa darah.Pening berpusing-pusing - periksa...
09/09/2026

Mesin tekanan darah antara yang perlu ada di setiap rumah.

Sakit kepala - periksa darah.

Pening berpusing-pusing - periksa darah.

Sekurang-kurangnya ada panduan untuk rawatan kecemasan sekiranya tekanan terlalu rendah atau tinggi.

Bagi barangan elektrik kita ada SIRIM untuk mengawal keselamatan dan kualiti produk.

Manakala untuk peralatan kesihatan kita ada MDA (Medical Device Authority).

Mesin tekanan darah boleh dibeli dengan harga yang murah terutama dari China. Ada yang berkualiti dan ada yang cap ayam.

Jadi pastikan setiap peralatan perubatan yang dibeli berdaftar dengan MDA.

Tak cukup tengok jenama sahaja, sebab jenama yang terkenal pun ada produk tiruan.

Jenama dan model yang berdaftar boleh periksa di laman web MDA.

Tinggi rendah bacaan darah boleh jadi silap bila menggunakan produk yang tak menepati standart.

Apa yang tak normal?Luka kecil di tengah tapak kaki?Bukan.Jari hanya 4 sahaja!Ini kes luka kencing manis. Gambar sebelum...
08/09/2026

Apa yang tak normal?

Luka kecil di tengah tapak kaki?

Bukan.

Jari hanya 4 sahaja!

Ini kes luka kencing manis. Gambar sebelum tak boleh dipaparkan. Pasti diturunkan oleh fb.

Pesakit ini datang dengan jari keempat sudah hitam.

Kami rujuk ke hospital, tapi esoknya pesakit datang kembali. Enggan ke hospital. Hanya mahukan rawatan di klinik.

Jari keempat perlu dibuang. Jangkitan sudah merebak ke tengah-tengah tapak kaki yang menghasilkan lubang besar yang bersambung.

Jari nombor dua juga mengeluarkan nanah pada kedua-dua sisi.

Berapa lama untuk dapatkan hasil sebegini?

Untuk pesakit ini 3 bulan setengah.
Tiada waktu yang tepat bila luka kencing manis boleh sembuh. Apa yang pasti, ianya perlukan masa yang lama.

Jadi dalam kes sebegini pesakit dan ahli keluarga perlu faham :

- Masa yang lama diperlukan untuk sembuh. Jangan tergesa untuk cepat sembuh kerana ianya mustahil.
- Kawalan gula sangat penting.
- Cara cuci luka dan kekerapan yang betul itu mesti.
- Antibiotik yang sesuai dan boleh jadi perlu diambil sedikit lama.
- Luka tak boleh terkena air.
- Sokongan ahli keluarga sangat penting. Sokongan moral, pengangkutan dan kewangan.
- Rawatan awal yang terbaik ialah dengan pakar orthopedik di hospital.

Usaha dan ikhtiar mesti betul, tapi jangan lupa doa dan tawakkal kepada Allah itu yang utama.

Kebanyakkan pesakit yang kami jumpa ada yang tak sabar, tak bersungguh-sungguh mengawal gula dan gagal menjaga balutan daripada terkena air.

07/09/2026

Gejala penyakit bukannya akan copy and paste seperti dulu.

“Saya rasa bukan denggi, sebab saya pernah kena dulu, nak genggam tangan pun tak boleh. Sakit sangat.”

Tapi hasil ujian denggi positif!

Tahap kesakitan tak semestinya sama. Boleh jadi hanya gejala ringan, boleh juga gejala teruk hingga bahayakan nyawa. Bukannya mesti sama seperti dulu.

Cukup dengan gajala demam dan sakit badan untuk disyakki denggi.

07/09/2026

“Sekali gout, jangan goutkan semua penyakit.”

Kerap pesakit gout bila mengalami sakit melibatkan urat atau sendi semuanya “digoutkan.”

Gout hanya melibatkan sendi.

Bila melibatkan otot (urat) atau tendon, ianya bukan gout.

Ada juga sakit sendi yang bukan gout seperti arthritis, rheumatism, kurang lendir lutut dan sebagainya.

Kebanyakkan dapat dibezakan dengan pemeriksaan fizikal juga berpandukan kepada simptom.

Kadang-kadang sakit di lutut doktor kata gout, kadang-kadang sendi lutut haus dan boleh jadi disebabkan kecederaan ligament.

Diagnosis yang betul akan membantu rawatan yang tepat.

Sekali gout bukan semuanya gout.

01/09/2026

Beli supplement pelik-pelik.

Shoppe hatta tik tok.

Belum dikira lagi makjun dan ubatan tradisonal tak berdaftar.

Ubat klinik untuk penyakit kronik makan hanya bila perlu.

Bila ada gangguan hati dan buah pinggang yang disalahkan ubat hospital.

Supplement dan ubat berdaftar sentiasa selamat. Alasannya “Tak apa kita ikhtiar. Ilmu Allah kan luas.”

Betul ilmu Allah luas, tapi perlu kepada ahlinya untuk bercakap. Bukan menunggang agama.

Address

Jalan Indah 1, Terbok
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:30
Tuesday 09:30 - 22:30
Wednesday 09:30 - 22:30
Thursday 09:30 - 22:30
Saturday 09:30 - 22:30
Sunday 09:30 - 22:30

Telephone

+60104066700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Muhaimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Klinik Dr Muhaimin:

Shortcuts

Share