04/11/2026
⏰ Bilakah kesan sampingan boleh berlaku?
Tidak semua kesan sampingan muncul dengan serta-merta. Sesetengahnya mungkin berlaku:
→ Selepas penggunaan ubat untuk tempoh yang lama
→ Selepas perubahan dos
→ Selepas rawatan dihentikan
→ Selepas menggunakan lebih daripada satu jenis ubat
→ Selepas mengambil makanan, suplemen atau produk berasaskan herba dan tradisional
👀 Sentiasa peka terhadap sebarang gejala yang baharu, luar biasa atau berterusan semasa menggunakan ubat.
Jika anda merasakan bahawa anda atau seseorang yang berada di bawah jagaan anda mengalami kesan sampingan, jangan abaikannya.
💙 Laporkan kepada NPRA dan berbincang dengan anggota kesihatan.
Jangan abaikan kesan sampingan. Laporkan! ✅